Pages

Friday, August 28, 2009

Mengajar

Aljenderami mempunyai sekolahnya sendiri yang dipanggil JISADANI. Sekarang ni saya mengajar kelas pemulihan ( sebelah petang) dan ganti guru-guru di waktu pagi. Mengajar anak-anak itu membaca a b c. Saya sayang dan suka kelas saya sekarang. Anak-anak itu, walaupun kurang mahir membaca dan tersangat lasak, tetapi mereka seperti sudah sebati dengan saya. Walaupun mengikut jadual, hari ni saya tak ada kelas dan sepatutnya tak payah hadir pun ke sekolah, tetapi saya suka untuk menghadirkan diri untuk menjenguk seketika kerana hari ni ada perhimpunan. Setiap kali perhimpunan, anak-anak akan membaca Ratib Al-Attas dan Burdah.



Sekarang ni bangunan sekolah belum ada, jadi anak-anak itu belajar di dewan, bilik ulama dan Astaka. Kelas pemulihan di astaka. Kelas pemulihan ni sebenarnya sebahagian besarnya adalah anak-anak yatim yang agak ketinggalan dalam pelajaran yang berusia antara 7-14 tahun.

Minggu pertama mengajar, saya agak kehilangan arah. Belum dapat mengawal anak-anak ini yang rata-ratanya kurang fokus dengan pelajaran. Tambah lagi saya baru di situ. Saya berdoa agar Allah tunjukkan jalan bagaimana mengatasi masalah saya. Saya mohon agar ada yang boleh menegur cara saya mengajar. Pegang rotan terasa salah, tak pegang pun terasa salah. Saya minta nasihat suami dan bertanya pada guru-guru yang lebih senior di sini. Malam pengajian (Rabu), Pak Sheikh menyebut "Kamu tidak akan dapat ajar murid kamu selagi kamu tidak kenal murid itu". Terasa nasihat itu untuk saya. Saya pegang kuat kata-kata itu. Saya mula memerhati kelakuan anak-anak itu dari jauh. Juga bertanya-tanya kepada atikah yang menjaga anak yatim sekarang ini. Maka sedikit sebanyak maklumat yang saya perolehi dapat saya gunakan untuk mendekatkan diri dengan anak-anak itu.

Setiap hari saya cuba bertanya masalah mereka. Mereka sudah kehilangan ayah. Ibu juga jauh dari mata. Tiada tempat mengadu sakit atau bermanja kecuali yang mendidik mereka di asrama, guru-guru, kakitangan yayasan dan orang-orang kampung. Namun saya teramat lemah, belum berupaya untuk mengenal mereka secara keseluruhan.

Walaupun sebelum ini saya ada pengalaman mengajar, tetapi keadaannya tak serupa. Sebelum ini saya pernah meengajar di sekolah menengah, rendah dan tutor sambilan di UKM untuk subjek IT. Kalau dulu, mengajar untuk mendapatkan upah, tetapi kini saya mengajar untuk berkhidmat. Saya tak pandai nak ajar pelajaran agama (disebabkan ilmu yang cetek),jadi saya ajar subjek BM dan kemahiran membaca.

Wednesday, August 26, 2009

Pindah ke Kampung Baru Jenderam Hilir

Sudah masuk 2 bulan saya berpindah ke Kg Baru Jenderam Hilir. Aik... baru 2 bulan? Terasa seperti saya dah berada di selama bertahun-tahun. Seronok dan damai. Macam-macam benda berlaku- family day kg (walaupun masa tu baru beberapa hari pindah ke sini, kami tak nak ketinggalan dgn aktiviti Al Jenderami. Suami bayar sendiri duit penginapan kami sementara penginapan orang kampung yang lain di sponsor), Hol Syaidatina Siti Khadijah dan serentak dengan kenduri kahwin anak perempuan Haji Maarof dan Cik Kam, pastu sentiasa sibuk dengan kelas pengajian Pak Sheikh ( malam Selasa, malam Khamis, pagi sabtu, petang sabtu, malam Ahad dan pagi Ahad).