Friday, June 12, 2009

Salahudin Ayubi- Penakluk Jerusalem



Hari ni baru jer habis baca buku ni. Ibrahim pun suka. Asyik minta diceritakan jer kisah buku. Baca satu muka, pastu cerita kat Ibrahim. Begitulah seterusnya sehingga habis satu buku. Suruh baca sendiri, lambat katanya. Tebal sangat buku ni mak! :).

Tapi pastu Ahmad Ibrahim bersemangat nampaknya nak baca buku Salahudin Ayubi sendiri, walaupun banyak word yang dia tak berapa nak faham. Menjadi rupanya taktik baca dan cerita saya. Saje nak bagi semangat untuk Ahmad Ibrahim baca buku tebal. Dengar jer org cerita tak best, mesti baca sendiri... Sempat ambik gambar Ibrahim tengah baca buku.

Demam panas

2 hari lepas Muhammad dan Husain demam. Hari ni alhamdulillah dah beransur sihat. Panas dah berkurang. Sengaja tak bawak pergi klinik. Nak bagi badan tahan lasak sikit lepas ni. Harapnya lepas ni antibodi Muhammad & Husain dah cukup kuat untuk lawan kuman dalam badan.

Ada beli ‘cool fever ’. Tapi masing-masing tak nak pakai. Yang beria-ria nak pakai, si abangnya Ibrahim... Bila dilarang, katanya Em nak demam lah, boleh pakai cool fever. Terus pergi menempel kat adik2nya supaya berjangkit demam tu kat dia. Lastnya saya bagi jer Ibrahim pakai. Takut pulak berjangkit demam tu kat dia.