Pages

Tuesday, December 28, 2010

Cuti Sekolah Disember 2010



Oleh sebab tinggal lagi 2 hari sebelum persekolahan bermula, maka kami pun jalan-jalan di Putrajaya ( kampung sebelah ).

Tanggal 25 Disember 2010

10.00 : Bertolak dari rumah.
10.20 : Tiba di Taman Cabaran Putrajaya. Rupa-rupanya banyak benda yang tak pernah diketahui wujud di putrajaya. Dalam Taman Cabaran ni ada pusat wall climbing rupanya. Tapi tutup sebab hari krismas :).
10.22 : Ronda-ronda cari tempat menarik untuk dilihat, terjumpa pulak tempat 'extreme bicycle bike' dan 'extreme board scating'. Jadi kami singgah di situ lebih kurang 1/2 jam. Tak de apa nak buat, pergi tempat lain pulak.




11.00 : Ternampak signboard Jualan Metrojaya di PICC, Putrajaya. Singgah situ jap kut-kut boleh beli barang sekolah Ibrahim/ barang baby. Beli beg sekolah Ibrahim, alat dapur, baju kerja abah.

12.30 : Masing-masing dah lapar, cari taman yang redup untuk picnic... Jadi kami ke Taman Putra Perdana. Tamannya kecik jer, tapi redup walaupun dah tengah hari. Anak-anak bermain alat-alat exercise kaki. Sambil-sambil tu suruh pergi cari daun 'gergasi' ( daun pokok ketapang), tengok siapa yang jumpa daun paling besar. Pemenangnya Muhammad!!!. Bekal dah siap bawak dari rumah. Makan nasi goreng ngan keropok ikan. Yum!Yum!
2.00 : Pergi Alamanda untuk solat Zohor dan cari barang-barang lain yang belum jumpa. Semua anak-anak termasuk abah dapat selipar baru. Beli juga besen kecik untuk mandikan baby baru nanti.
4.00 : Bertolak balik ke Jenderam.