Pages

Monday, October 24, 2011

Pelangi di sekeliling matahari, jenderam hilir - ring around the sun

Semalam, 23 Oktober 2011, kami lihat kejadian yang jarang dilihat. Pelangi di sekeliling matahari (fenomena halo) . Gambar diambil di perkarangan rumah, jenderam hilir, selangor jam 1:00 pm. Matahari sedang panas terik, Muhammad berkata, "abah, tu pelangi". Subhanallah, sangat cantik, seolah-olah awan besar yang cantik sedang memayungi bumi.

       Gambar Pertama
Gambar Kedua

Selepas jam 1.30 pm

Friday, June 10, 2011

Percutian Balik Kampung -Terengganu Darul Iman

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Percutian ( balik kampung untuk ziarah ibu bapa) kali ini tanpa ditemani oleh suami. Beliau sedang berada di Arab Saudi atas urusan kerja dan Umrah. Semoga selamat semuanya dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

6 Jun 2011 (jam 9 mlm)
Saya membawa anak-anak (Ibrahim, Muhammad, Husain dan Muhammad Salim) menaiki bas ekspres Adik Beradik menuju ke Kuala Terengganu. Kami dihantar oleh abangku- Mohd Nuruddin ke stesen bas Hentian Kajang.
Wahai anak-anak, abah sekarang berada di Dhammam, Arab Saudi - bagi training untuk staff King Farhad University.

7 jun 2011
Tiba di kuala terengganu jam 4.30 pagi. Dijemput oleh ayahanda Haji Nawawi bin Haji Mokhtar dan adik bongsuku- nadhirah.
Dijamu dengan nasi lemak terengganu, nasi lauk ikan singgang. yum yum....

8 jun 2011
Dijamu dengan nasi minyak terengganu

9 jun 2011
Ibrahim dan Muhammad ikut tokki dan cik su jalan-jalan di kuala terengganu. Dibelikan selipar baru dan belon sabun.
Sekarang abah kalian akan bertolak ke Jeddah jam 12 tgh mlm.

10 jun 2011
Pergi bandar dengan kereta baru cik Da. Jalan-jalan di Pantai Batu Buruk. Ibrahim dan Muhammad naik kereta kuda. Husain tak berani nak naik. Naik Kereta kuda rm3 seorang.

Monday, April 11, 2011

Penyerahan Watikah Ibrahim- Ketua Kelas + Pelancaran Galakan Membaca JISADANI

Menunggu suamiku yang belum pulang dari Johor. So, i create this post.

9 April 2011

Saya tiba di balai besar, majlis dah bermula. Hari ni ada majlis penyerahan watikah untuk pengawas, ketua kelas dan penolong kelas. Lupa bawa kamera. Jadi snap gambar ibrahim kat rumah.


Selain tu ada majlis pelancaran galakan membaca ( ala-ala nilam program) untuk pelajar jisadani. Antara lagu temanya - apa yang kau tahu nyanyian rabbani.
******************************
Sekian kalinya detik waktu berlalu
Apa terus berbakti untuk Dia
Membalas kasih
Syukur dengan nikmat
*****************************
Apa Yang Kau Tahu
Album : Aman Peace
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Bacalah...sebutlah dengan nama
Tuhan yang menciptakan
Segala kejadian di dunia

Bacalah...tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan

Seluruh kasihnya telah dia curahkan
Tulus suci mengisi ruang hati
Bagai dalam dingin
Rindu berdakapan
Dengan kata syahdu
Kasih mesra bersatu
Apa yang kau tahu

Bacalah...lihatlah dengan mata
Selami sanubari
Putaran panorama hidup ini

Bacalah...tipuan mata hati
Bisikan penuh mimpi
Melamar kelalaian tidak henti

Suruhan larangan telah dia sampaikan
Jangan pilih haluan dimurka
Kelak rebah diri
Duka menangisi
Tanpa belas kasih
Disiksa saban waktu
Apa yang kau tahu

Gua hira menggamit kisah silam
Satu peristiwa nabi bersendiri
Iqra diturunkan muhammad ditabalkan
Tersuratlah sudah kalam dari Tuhan

Sekian kalinya detik waktu berlalu
Apa terus berbakti untuk dia
Membalas kasih
Syukur dengan nikmat

Amal yang bertambah
Hikmahnya kan ketemu

Apa yang kau tahu

Sunday, February 13, 2011

Lagu untuk Ayah Bondaku

Cinta Setulus Jiwa (Opick) - Untuk ayah dan mak



Dalam luka
Dalam duka
Engkau ada dan setia
Temani jiwa...

Surya yang memerah
Senja di langit dunia
Sunyi hatiku
Terbayang wajah mereka

Yang memelukku
Menjagaku
Memberiku kasih dan sayang
Mencintaiku
Merawatku tanpa lelah
Setulus jiwamu...

Jauh sudah langkah hari
Yang memanggil rindu
Di dalam hatiku padamu
Andai bisa ku mengulang waktu
Hanya tuk mengerti akanmu menyentuhmu...

Muhammad Salim bin Mohd Hafiz Lahir



Muhammad Salim lahir pada 8 januari 2011. Lahir di Hospital An-Nur, disambut oleh sahabat baik kekandaku iaitu dr kamsiah. Alhamdulillah kelahiran mudah.

7 januari 2011
11pm: Mula rasa sakit sikit-sikit. Tapi boleh tidur lagi.
Beberapa jam kemudian, terasa contraction makin kerap. Tapi boleh bertahan lagi. Tak Sakit sangat.

5 am: Contraction tiap 7 minit.
6.00 am: Solat Subuh di rumah dulu sebelum ke hospital.
6.30 am: Bertolak ke hospital, dah terasa sakit, tapi bila mghayati qasidah selawat dlm keta, terasa masih boleh tahan sakit. Tarik nafas dlm2 ( guna kaedah yoga), bertenang dan hembus perlahan-lahan. Sakit terasa berkurangan.
7:00 am: Masuk bilik bersalin. Bukaan 6 cm. Mula minum air selusuh pak mansur.
8:30 am: Dr Kamsiah dtg menjenguk. Tapi Dr ke klinik semula untuk check patient lain.
9:00 am: Dah boleh mula meneran.Dr Kam terpaksa naik ke atas semula.
9:18 am: Alhamdulillah bayi ke4 lahir. Berat 2.75kg. Bayi lelaki. Uri lambat sikit keluar. tapi alhamdulillah tak de masalah. Nurse tolong massage perut supaya uri senang keluar.

Mulanya nak namakan Ali. Tetapi Pak Sheikh cakap, Muhammad Salim belum ada lagi di al-jenderami. Dan alhamdulillah ditahnik oleh Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz pada hari ke-5 kelahiran (12 jan 2011) dari tarim, Hadramaut.