Pages

Wednesday, November 5, 2008

Hadiah Abah


Beberapa hari lepas, Ibrahim, Muhammad dan Husain dihadiahkan kereta lumba oleh abah. Hehehe... hadiah untuk anak atau untuk abah tu....Klik atas gambar untuk lihat video...

Wednesday, October 29, 2008

Ibrahim, Muhammad dan Dadih

Semalam kami mula jual dadih depan rumah. Laku 13 cawan kecil. Harga jual rm0.60. Untuk jiran tetangga rm0.50. 3 cawan pertama, pakcik sebelah rumah beli. "Dadih...dadih..." Ibrahim melaung memanggil pelanggan. "Kenapa tak de org nak beli ni mak..." kata Ibrahim. "Kik kik.. tak pe Em, kita cuba lagi." Org berniaga memang camtu.

Thursday, October 23, 2008

Tarik Apa tu Ibrahim...

Ibrahim di Kuala Terengganu-Ogos 2008

Husain-3 bulan

Husain dah 3 bulan sekarang ni. Kata acik kat jenderam semalam, baru dapat lesen L untuk meniarap. Bila tangan terhimpit kat dada, terkial-kial husain nak lepaskan tangan. Puteri-puteri kecil kat jenderam tu pun berkeliling nak tengok Husain. Madrasah Jenderam, alhamdulillah, semalam sampai juga saya ke sana. Husain dah pandai ketawa terkekek-kekek dah sekarang ni bila diagah. Bagus...amat mudah tersenyum dan peramah. Harapan saya, bayi kecil itu akan membesar di kalangan orang baik-baik dan menjadi orang yang baik, sebaik namanya kelak.

Cuma yang agak merisaukan, bila ditinggalkan bersama pengasuh, husain agak susah minum susu dalam botol susu. Alhamdulillah, selepas bulan puasa ni saya berjaya pam susu. Harap-harapnya tak perlu beri Husain minum susu formula. Kepada yang ingin bertanya, juga info tentang susu ibu, visit www.susuibu.com. Terima kasih pn kamariah, yang menjadi pengasas website ini dan tahniah. Kadang-kadang bila keyakinan untuk memerah susu menurun, saya akan mendekatkan diri semula dengan butik susuibu.com ini. Sekurang-kurangnya bila berkawan dengan mereka yang mementingkan susu ibu, semangat untuk memberikan hak susu ibu kpd bayi saya kuat semula.

Beruntung jadi orang bangi, ada macam-macam benda di sini. Termasuk pejabat Baju Renang Muslimah saya. Sesiapa nak jadi distributor baju renang muslimah, visit www.muslimahswimsuit.com.

Aidil fitri 2008


Sesi fotografi masa raya kat umah senawang

Dah lama tak menulis, hari ni ada peluang untuk berkongsi cerita. Raya lepas, sepatutnya turn balik ke terengganu. Tetapi sebab saya baru jer balik ke terangganu (pantang 40 hari kat sana), jadi kami ubah raya tahun ni di Senawang. Raya tahun ni, masuk tahun kelima perkahwinan, anak pun dah tiga orang, jadi beraya di kampung suami dah tak rasa sedih sangat dah. Bukannya sedih apa pun, cuma teringat adik beradik (yang teramat jarang berjumpa) dan emak ayah yang jauh di terengganu sana, teringat karipap mak (malam raya, mak mesti buat karipap).

Raya di Senawang, seperti biasa lepas solat aidilfitri ( saya tak pergi sebab Husain menyusu), bersalam-salaman dengan ibu dan ayah mertua serta ipar. Keluarga suami terasa sudah seperti keluarga sendiri, terutama mak dan ayah yang melayan saya seperti anak sendiri. Masa bersalam dengan mak, terasa sebak sikit sebab teringat mak kandung di kampung. Lepas tu, sesi fotografi. Mak dan ayah tak join sekali sesi fotografi sebab berkejar ke rumah Pok Ngah untuk bersalam dengan Wan. Wan nak kena pergi hospital untuk dialisis buah pinggang.

Lepas sesi fotografi, kami ke beraya ke rumah Pok Ngah. Alhamdulillah sempat jumpa Wan sebelum wan ke hospital. Pastu saya, hubby dan anak2 serta kak sarmi( pembantu rumah saya), ke rumah Wan Selemak. Tiba rumah wan, kami cucu pertama yang sampai ke kg. Rupanya cucu-cucu yang lain kebanyakannya turn raya tahun ni di rumah mertua masing2. Selepas berjumpa sepupu-sepupu dan keluarga lain, pukul 5 petang kami bertolak balik ke Senawang semula. Semoga silaturrahim ini berkekalan dunia dan akhirat.