Friday, September 4, 2009

Hari pertama Ibrahim puasa penuh


Semalam, 3/9/2009, Ibrahim berjaya puasa penuh. Alhamdulillah...Bermula dari sahur, tak banyak ragam. Bila dikejutkan, bergerak kiri kanan sikit, then terus menuju ke dapur untuk bersahur. Makan nasi dan kurma, plus air masak dengan kuantiti yang agak banyak. Pukul 6.45pm dah mula menangis menahan lapar. Saya menyabarkan Ibrahim. Diceritakan bermacam-macam kisah...dari cerita para wali, hinggalah ke cerita-cerita dongeng. Kemudian abahnya balik. Abah pulak sambung memujuk.

Masa berbuka, Ibrahim makan roti dengan sosej. Habis 2 keping roti. Kemudian makan lagi goreng pisang dan agar-agar. Kemudian diminumnya air masak. Terus anakku terdiam dekat meja, dah tak larat nak bangun. Terlalu kenyang agaknya.

No comments:

Post a Comment