Pages

Tuesday, December 28, 2010

Cuti Sekolah Disember 2010



Oleh sebab tinggal lagi 2 hari sebelum persekolahan bermula, maka kami pun jalan-jalan di Putrajaya ( kampung sebelah ).

Tanggal 25 Disember 2010

10.00 : Bertolak dari rumah.
10.20 : Tiba di Taman Cabaran Putrajaya. Rupa-rupanya banyak benda yang tak pernah diketahui wujud di putrajaya. Dalam Taman Cabaran ni ada pusat wall climbing rupanya. Tapi tutup sebab hari krismas :).
10.22 : Ronda-ronda cari tempat menarik untuk dilihat, terjumpa pulak tempat 'extreme bicycle bike' dan 'extreme board scating'. Jadi kami singgah di situ lebih kurang 1/2 jam. Tak de apa nak buat, pergi tempat lain pulak.




11.00 : Ternampak signboard Jualan Metrojaya di PICC, Putrajaya. Singgah situ jap kut-kut boleh beli barang sekolah Ibrahim/ barang baby. Beli beg sekolah Ibrahim, alat dapur, baju kerja abah.

12.30 : Masing-masing dah lapar, cari taman yang redup untuk picnic... Jadi kami ke Taman Putra Perdana. Tamannya kecik jer, tapi redup walaupun dah tengah hari. Anak-anak bermain alat-alat exercise kaki. Sambil-sambil tu suruh pergi cari daun 'gergasi' ( daun pokok ketapang), tengok siapa yang jumpa daun paling besar. Pemenangnya Muhammad!!!. Bekal dah siap bawak dari rumah. Makan nasi goreng ngan keropok ikan. Yum!Yum!
2.00 : Pergi Alamanda untuk solat Zohor dan cari barang-barang lain yang belum jumpa. Semua anak-anak termasuk abah dapat selipar baru. Beli juga besen kecik untuk mandikan baby baru nanti.
4.00 : Bertolak balik ke Jenderam.

3 comments:

  1. assalamualaikum...lani,akhirnya buat come back! i miss u dear..tengah pregnant yer,bape bulan dah?wahh..byk ni soklan nak tanya tp tak sesuai nak ditanya di sini

    ReplyDelete
  2. Taman Cabaran Putrajaya...kat precinct berape tu? tak pernah jumpa lak tmpt tu..

    ReplyDelete
  3. Yatie: lani dah bersalin dah...sekarang ni dah 36 hari

    Idah: tak tau lak precint brape. tapi belakang kubur putrajaya kalau tak silap.

    ReplyDelete