Friday, June 10, 2011

Percutian Balik Kampung -Terengganu Darul Iman

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Percutian ( balik kampung untuk ziarah ibu bapa) kali ini tanpa ditemani oleh suami. Beliau sedang berada di Arab Saudi atas urusan kerja dan Umrah. Semoga selamat semuanya dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

6 Jun 2011 (jam 9 mlm)
Saya membawa anak-anak (Ibrahim, Muhammad, Husain dan Muhammad Salim) menaiki bas ekspres Adik Beradik menuju ke Kuala Terengganu. Kami dihantar oleh abangku- Mohd Nuruddin ke stesen bas Hentian Kajang.
Wahai anak-anak, abah sekarang berada di Dhammam, Arab Saudi - bagi training untuk staff King Farhad University.

7 jun 2011
Tiba di kuala terengganu jam 4.30 pagi. Dijemput oleh ayahanda Haji Nawawi bin Haji Mokhtar dan adik bongsuku- nadhirah.
Dijamu dengan nasi lemak terengganu, nasi lauk ikan singgang. yum yum....

8 jun 2011
Dijamu dengan nasi minyak terengganu

9 jun 2011
Ibrahim dan Muhammad ikut tokki dan cik su jalan-jalan di kuala terengganu. Dibelikan selipar baru dan belon sabun.
Sekarang abah kalian akan bertolak ke Jeddah jam 12 tgh mlm.

10 jun 2011
Pergi bandar dengan kereta baru cik Da. Jalan-jalan di Pantai Batu Buruk. Ibrahim dan Muhammad naik kereta kuda. Husain tak berani nak naik. Naik Kereta kuda rm3 seorang.

No comments:

Post a Comment