Pages

Thursday, October 23, 2008

Aidil fitri 2008


Sesi fotografi masa raya kat umah senawang

Dah lama tak menulis, hari ni ada peluang untuk berkongsi cerita. Raya lepas, sepatutnya turn balik ke terengganu. Tetapi sebab saya baru jer balik ke terangganu (pantang 40 hari kat sana), jadi kami ubah raya tahun ni di Senawang. Raya tahun ni, masuk tahun kelima perkahwinan, anak pun dah tiga orang, jadi beraya di kampung suami dah tak rasa sedih sangat dah. Bukannya sedih apa pun, cuma teringat adik beradik (yang teramat jarang berjumpa) dan emak ayah yang jauh di terengganu sana, teringat karipap mak (malam raya, mak mesti buat karipap).

Raya di Senawang, seperti biasa lepas solat aidilfitri ( saya tak pergi sebab Husain menyusu), bersalam-salaman dengan ibu dan ayah mertua serta ipar. Keluarga suami terasa sudah seperti keluarga sendiri, terutama mak dan ayah yang melayan saya seperti anak sendiri. Masa bersalam dengan mak, terasa sebak sikit sebab teringat mak kandung di kampung. Lepas tu, sesi fotografi. Mak dan ayah tak join sekali sesi fotografi sebab berkejar ke rumah Pok Ngah untuk bersalam dengan Wan. Wan nak kena pergi hospital untuk dialisis buah pinggang.

Lepas sesi fotografi, kami ke beraya ke rumah Pok Ngah. Alhamdulillah sempat jumpa Wan sebelum wan ke hospital. Pastu saya, hubby dan anak2 serta kak sarmi( pembantu rumah saya), ke rumah Wan Selemak. Tiba rumah wan, kami cucu pertama yang sampai ke kg. Rupanya cucu-cucu yang lain kebanyakannya turn raya tahun ni di rumah mertua masing2. Selepas berjumpa sepupu-sepupu dan keluarga lain, pukul 5 petang kami bertolak balik ke Senawang semula. Semoga silaturrahim ini berkekalan dunia dan akhirat.



No comments:

Post a Comment