Friday, February 19, 2010

Ahmad Ibrahim Berkhatan

17 Februari 2010, Ahmad Ibrahim berkhatan. Umur Ahmad Ibrahim ketika ini 6 tahun 2 bulan. Mulanya nak khatankan Muhammad sekali. Tapi last minute Muhammad tukar fikiran.

Macam mana Ibrahim boleh setuju untuk bersunat....saya cakap, Pak Sheikh kata budak-budak kena bersunat awal sebab nak pegang Quran dan masuk ke masjid. Ibrahim terus setuju dan tak sabar-sabar nak berkhatan. Muhammad pulak, katanya nak ikut Abg Im kalau abg im sunat, then Muhammad pun nak sunat jugak. Ok senang hati sebab dua-dua nak bersunat.

Sebelum buat keputusan nak khatankan guna teknik mana tu, saya buat sedikit homework. Cari thru website, then jumpa website Dr Azwan ni. http://drazwan.blogspot.com/2008/12/khatan-terkini-atau-konvensional.html. Pastu bertanya juga kat jiran-jiran.

Sebelum hari yang ditunggu tiba, saya dan suami menerangkan apa yang akan berlaku ketika dikhatankan kepada anak-anak kami. Tujuannya supaya mereka tak terperanjat nanti.

Hari yang ditunggu tiba, mulanya Muhammad nak masuk dulu, tapi saya kata biar abg Im masuk dulu ( sebab saya rasa orang yang menunggu di luar kemungkinan akan berubah fikiran kalau terdengar salah seorang menangis dalam bilik rawatan tu). Jadi saya tunggu di luar bersama-sama Muhammad. Ibrahim masuk dengan abahnya. Tiga suntikan bius dikenakan , Ibrahim menangis, agaknya tak jangka bius tu agak menyakitkan juga. Sebab abahnya kata bius tu cuma macam kena cubit.

Suara menangis terdengar hingga ke luar. Jadi Muhammad yang mulanya mood happy dan tak sabar-sabar nak dikhatankan bertukar mood sekejap.

Menurut abahnya, selang 1/2 jam baru proses khatan dimulakan sebab nak tunggu ubat bius tu berfungsi. Masa nak dikhatankan, Ibrahim menangis sambil berkata "takut, takut". Tapi doktor bagi chance kat dia untuk cubit tempat yang kena bius bagi memastikan dia tahu yang tempat dibius tu dah tak sakit lagi. Kata Ibrahim, bila dia sedar yang masa doktor gunting tu dia tak rasa sakit, dia mula berhenti menangis dan jadi tenang semula. Lepas gunting, dr guna cautery ( org awam sebut laser-actually bukan laser pun) untuk potong lebihan kulit. Nak tau apa itu cautery boleh rujuk website ni http://drazwan.blogspot.com/2008/12/khatan-terkini-atau-konvensional.html. Pastu kulit tu dijahit. Selesai .....

Semasa Muhammad ( di luar bilik rawatan) terdengar abgnya menangis kali kedua sambil berkata takut, dengan selambanya berkata, "tak jadi sunat lah mak....nak tunggu masa darjah 2 baru nak sunat" then saya kata ok. Sebenarnya saya pun suspen nak jaga 2 budak sekali gus.

Keluar dari bilik rawatan, Ibrahim nampak ok. bila tanya , sakit tak sunat? dia jawab... tak sakit cuma masa bius tu je sakit.

Di rumah, masa nak buang air kecil tu agak susah untuk Ibrahim, menangis sebab takut nak buang air. Then proses pertama kencing abahnya yang temankan. Kami lap dengan tisu, sebab kalau guna air, rasa kesian pulak...mesti terasa pedih kalau kena air. Begitu juga buang air besar...guna tisu...dan masuk hari ni dah 2 hari Ibrahim tak mandi. Dua hari selepas sunat ni, luka nampak dah kering, cuma masih terasa sakitnya. Mood Ibrahim pun nampak ok. Cuma sebelum ni masa nak kencing jer menangis.

Malam tadi saya cuba letak minyak untuk cepatkan luka tu sembuh, tapi lepas tu Ibrahim mengerang sakit banyak kali juga berbanding kalau tak letak apa-apa. Menyesal rasanya letak minyak.

Malam keempat, Ibrahim dah tak merengek langsung. Tak perlu makan ubat penahan sakit. Masa Ibrahim tidur, saya letakkan minyak zaitun supaya senang nak tanggalkan darah beku nanti.
Harapnya Ahmad Ibrahim cepat sembuh....

2 comments:

  1. Dah besar dah Ibrahim.. hehe. kak, nnt nk dgr cerita sepenuhnya, sbb igt nk sunatkan Abdullah Hasan cepat-cepat jugak.

    ReplyDelete