Sunday, February 13, 2011

Muhammad Salim bin Mohd Hafiz Lahir



Muhammad Salim lahir pada 8 januari 2011. Lahir di Hospital An-Nur, disambut oleh sahabat baik kekandaku iaitu dr kamsiah. Alhamdulillah kelahiran mudah.

7 januari 2011
11pm: Mula rasa sakit sikit-sikit. Tapi boleh tidur lagi.
Beberapa jam kemudian, terasa contraction makin kerap. Tapi boleh bertahan lagi. Tak Sakit sangat.

5 am: Contraction tiap 7 minit.
6.00 am: Solat Subuh di rumah dulu sebelum ke hospital.
6.30 am: Bertolak ke hospital, dah terasa sakit, tapi bila mghayati qasidah selawat dlm keta, terasa masih boleh tahan sakit. Tarik nafas dlm2 ( guna kaedah yoga), bertenang dan hembus perlahan-lahan. Sakit terasa berkurangan.
7:00 am: Masuk bilik bersalin. Bukaan 6 cm. Mula minum air selusuh pak mansur.
8:30 am: Dr Kamsiah dtg menjenguk. Tapi Dr ke klinik semula untuk check patient lain.
9:00 am: Dah boleh mula meneran.Dr Kam terpaksa naik ke atas semula.
9:18 am: Alhamdulillah bayi ke4 lahir. Berat 2.75kg. Bayi lelaki. Uri lambat sikit keluar. tapi alhamdulillah tak de masalah. Nurse tolong massage perut supaya uri senang keluar.

Mulanya nak namakan Ali. Tetapi Pak Sheikh cakap, Muhammad Salim belum ada lagi di al-jenderami. Dan alhamdulillah ditahnik oleh Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz pada hari ke-5 kelahiran (12 jan 2011) dari tarim, Hadramaut.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...lani, congrates!! terlepas cerita la..nape ntah kat new feeds saya tak keluar n3 ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. kak, jeles nye dapat tahnik oleh ulama'..

    ReplyDelete
  3. Yatie: terima kasih...and happy belated birtday to you...3/4 hari tu teringat, tapi lani ni biasalah hp ntah ke mana-mana dicampak. Tak sempat nak antar mesej happy birthday pun...

    Ummihasan: alhamdulillah rezki muhammad salim. Harapannya semoga dia mengikut jalan ulama' insya Allah.

    ReplyDelete